Chung Un-chan
Chung Un-chan 정운찬 鄭雲燦 | |
---|---|
Perdana Menteri Korea Selatan | |
Dalam jawatan 29 September 2009 – 11 Ogos 2010 | |
Presiden | Lee Myung-bak |
Didahului oleh | Han Seung-soo |
Digantikan oleh | Yoon Jeung-hyun (Pemangku) |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1948-02-29) 29 Februari 1948 (umur 76) Gongju, Korea (kini Korea Selatan) |
Parti politik | Bebas |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Seoul Universiti Miami Universiti Princeton |
Profesion | Ahli ekonomi Profesor |
Chung Un-chan (lahir 26 Februari 1946 di Gongju, Chungcheongnam-do, Korea Selatan) merupakan ahli akademik yang dilantik menjadi Perdana Menteri Korea Selatan pada 2009 - 2010. Beliau dari Parti Nasional Agung.[1]
Chung Un Chan pernah menjadi pensyarah ekonomi di Universiti Nasional Seoul.
Letak jawatan
Pada 29 Julai 2010, beliau enggan ,menjadi Perdana Menteri Korea Selatan kerana Parlimen menolak usahanya membatalkan rancangan memindahkan beberapa kementerian keluar dari ibu kota - Seoul ke bandar baru Sejong . Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak menolak rancangan memindahkan separuh daripada 15 kementerian dari Seoul ke bandar lain kerana akan membazirkan wang pembayar cukai dan mencetuskan ketidakcekapan. Beberapa pihak berpendapat bahawa pemindahan akan membantu menumbuhkan pembangunan serantau dan menyelesaikan masalah lalu lintas teruk dan kawasan perumahan. Banyak negara telah memindahkan pusat pentadbiran seperti di Australia, Malaysia dan Brazil.
Rancangan pemindahan termasuklah 15 kementerian di Seoul dan Gwacheon ke tapak lain sejauh 160 km. Rumah Biru milik Presiden, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar masih dikekalkan di Seoul.[2]