Bukan Sekadar Lafaz

  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
  • Keluarga
Berdasarkan daripada
Bukan Sekadar Lafaz
karya SophileaDitulis olehSophileaPengarahIdora Abdul RahmanPengacara
  • Alif Satar
  • Wanna Ali
Lagu pembukaan"Bukan Sekadar Lafaz" - Wanna Ali feat Aiman IsmailLagu penutup"Bukan Sekadar Lafaz" - Wanna Ali feat Aiman IsmailNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod20PenerbitanPenerbitDatuk Normashayu PutehTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Pencil Pictures & RecordsPenyiaranSaluran asalTV3 (Akasia)
iQIYIFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal17 Oktober 2023 – 13 November 2023KronologiMengikutiLuruhnya Bunga CintaDiikuti olehI Love You, Stupid

Bukan Sekadar Lafaz ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Idora Abdul Rahman, dihoskan oleh Alif Satar dan Wanna Ali. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 17 Oktober 2023 menggantikan Luruhnya Bunga Cinta.

Drama ini juga boleh ditonton di platform penstriman iQIYI pada 1 jam selepas siaran TV.

Sinopsis

Syikin (Wanna Ali) adalah seorang pelatih yang baru bekerja di sebuah kafe yang terkenal. Semasa bekerja, dia bertemu dengan sahabat lamanya dari sekolah bernama Hud (Alif Satar) yang bertugas sebagai supervisor kepada Syikin di kafe tersebut. Kenangan lama yang terpahat pada zaman sekolah dahulu membangkitkan semula perasaan cinta yang terpendam di dalam hati Hud. Namun, Syikin kini bersama dengan seorang doktor bernama Dr Firman (Malek Mccrone).

Hubungannya bersama Dr Firman sangat dicemburui oleh adik tirinya Aein (Yuna Rahim), yang menaruh hati kepada Dr Firman. Perasaan cemburu ini membuatkan Aein menyusun rancangan jahat untuk merosakkan hidup Syikin. Syikin terpedaya dengan helah Aein yang mengakibatkan kehamilan. Akibat sangkaan tersebut, Tuan Zaman (Ahmad Idham) berang dan memaksa Syikin untuk berkahwin dengan Dr Firman untuk mengelakkan fitnah terhadap keluarga mereka.


Dr Firman rasa seolah dirinya dipermainkan lalu menolak permintaan Tuan Zaman. Menyedari situasi yang dialami Syikin, Hud kemudian menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Syikin untuk menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. [1]

Rujukan

  1. ^ Drama Bukan Sekadar Lafaz mcentralmy. Dicapai pada 12 Nov 2023.