Bahagian pentadbiran di Taiwan
Pentadbiran Taiwan (Republik China) terdiri daripada termasuk Pulau Taiwan dan pulau-pulau sekitar, serta Kepulauan Penghu. Bermula dari zaman penjajahan Belanda dan Sepanyol, ketika Sepanyol pernah mendirikan tiga wilayah di utara Taiwan. Seiring dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan dengan Republik China, kini, pentadbiran Taiwan terbahagi kepada satu wilayah (iaitu Wilayah Taiwan) dan enam bandar raya tadbiran langsung (Taipei, Taipei Baru, Taoyuan, Taichung, Tainan, Kaohsiung). Wilayah Taiwan pula terbahagi lagi kepada 11 jajahan dan tiga bandar raya.[1]
Selain daripada pulau Taiwan, Kepulauan Matsu, Kinmen dan Wuqiu yang berhampiran dengan Tanah Besar China, juga terletak di bawah bidang kuasa pemerintahan Republik China. Pulau-pulau tersebut tidak terletak di bawah "Wilayah Taiwan", tetapi sebaliknya di bawah Wilayah Fujian. Republik China yang mentadbir Taiwan dan pulau-pulau tersebut sebenarnya juga secara teknikal menuntut Tanah Besar China (di bawah pentadbiran Republik Rakyat China) sebagai wilayahnya, dan hal ini disahkan oleh Konsensus 1992 yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, di mana hanya wujud satu negara China di dunia, dan setiap pihak boleh mentafsir erti "satu negara China" ini mengikut definisi sendiri.[2] Negara Republik China ditubuhkan di Tanah Besar China pada tahun 1912, tetapi dilarikan ke Taiwan setelah Kuomintang kalah kepada Parti Komunis China yang menubuhkan Republik Rakyat China dalam Perang Saudara pada tahun 1949.
Bahagian-bahagian pentadbiran masa kini
Peta Taiwan | No. | Nama | Bendera | Lambang | Bahagian | Pusat pentadbiran | Keluasan(km²) | Bilangan penduduk | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Daratan | Laut | ||||||||
Kep. Matsu Kinmen Wuqiu 1 2 4 5 6 7 8 9 3 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 | Wilayah dan bandaraya tadbiran langsung | ||||||||
- | Wilayah Taiwan 臺灣省code: zh is deprecated | 3 bandaraya 11 jajahan | (Tiada) | 25110.0037 | 40837.0399 | 7,049,645 | |||
1 | Taipei 臺北市code: zh is deprecated | 12 daerah | Daerah Xinyi | 271.7997 | 0 | 2,610,762 | |||
2 | Taipei Baru 新北市code: zh is deprecated | 29 daerah | Daerah Banqiao | 2052.5667 | 2966.7265 | 4,029,205 | |||
3 | Taoyuan 桃園市code: zh is deprecated | 13 daerah | Daerah Taoyuan | 1220.9540 | 1,130.2383 | 2,264,231 | |||
4 | Taichung 臺中市code: zh is deprecated | 29 daerah | Daerah Xitun | 2214.8968 | 1,663.7394 | 2,816,779 | |||
5 | Tainan 臺南市code: zh is deprecated | 37 daerah | Daerah Anping, Daerah Xinying | 2191.6531 | 2,592.7310 | 1,876,364 | |||
6 | Kaohsiung 高雄市code: zh is deprecated | 38 daerah | Daerah Lingya, Daerah Fengshan | 2951.8524 | 2,726.8354 | 2,767,931 | |||
Jajahan dan bandaraya Wilayah Taiwan | |||||||||
7 | Bandaraya Keelung 基隆市code: zh is deprecated | 7 daerah | Daerah Zhongzheng | 132.7589 | 3,585.4177 | 368,020 | |||
8 | Bandaraya Hsinchu 新竹市code: zh is deprecated | 3 daerah | Daerah Utara | 104.1526 | 387.5623 | 450,617 | |||
9 | Bandaraya Chiayi 嘉義市code: zh is deprecated | 2 daerah | Daerah Timur | 60.0256 | 0 | 266,442 | |||
10 | Jajahan Hsinchu 新竹縣code: zh is deprecated | 1 bandar 3 pekan 9 desa | Bandar Zhubei | 1427.5369 | 333.9971 | 569,199 | |||
11 | Jajahan Miaoli 苗栗縣code: zh is deprecated | 2 bandar 5 pekan 11 desa | Bandar Miaoli | 1820.3149 | 1,741.4762 | 543,513 | |||
12 | Jajahan Changhua 彰化縣code: zh is deprecated | 2 bandar 6 pekan 18 desa | Bandar Changhua | 1074.3960 | 3,313.6481 | 1,267,988 | |||
13 | Jajahan Nantou 南投縣code: zh is deprecated | 1 bandar 4 pekan 8 desa | Bandar Nantou | 4106.4360 | 0 | 491,743 | |||
14 | Jajahan Yunlin 雲林縣code: zh is deprecated | 1 bandar 5 pekan 14 desa | Bandar Douliu | 1290.8326 | 1,220.4274 | 678,064 | |||
15 | Jajahan Chiayi 嘉義縣code: zh is deprecated | 2 bandar 2 pekan 14 desa | Bandar Taibao | 1903.6367 | 336.1701 | 500,316 | |||
16 | Jajahan Pingtung 屏東縣code: zh is deprecated | 1 bandar 3 pekan 29 desa | Bandar Pingtung | 2775.6003 | 5,771.4292 | 814,210 | |||
17 | Jajahan Yilan 宜蘭縣code: zh is deprecated | 1 bandar 3 pekan 8 desa | Bandar Yilan | 2143.6251 | 2,145.3078 | 453,452 | |||
= Bandaraya tadbiran langsung (kerajaan pusat) = Bandaraya (tadbiran wilayah) = Jajahan (tadbiran wilayah) | 18 | Jajahan Hualien 花蓮縣code: zh is deprecated | 1 bandar 2 pekan 10 desa | Bandar Hualien | 4628.5714 | 2,790.9131 | 324,804 | ||
19 | Jajahan Taitung 臺東縣code: zh is deprecated | 1 bandar 2 pekan 13 desa | Bandar Taitung | 3515.2526 | 11,274.6894 | 215,483 | |||
20 | Jajahan Penghu 澎湖縣code: zh is deprecated | 1 bandar 5 desa | Bandar Magong | 126.8641 | 7,936.0015 | 105,794 |
Wilayah Taiwan dan bandaraya tadbiran langsung
Wilayah Taiwan (臺灣省code: zh is deprecated ) kini berada di bawah bidang kuasa Dewan Pentadbiran Republik China. Pada 20 Disember 1998, sejajar dengan pindaan perlembagaan Republik China yang melibatkan fungsi pentadbiran dan organisasi pemerintahan Wilayah Taiwan, tugas-tugas bekas pemerintahan wilayah diserahkan kepada kerajaan pusat dan pemerintahan-pemerintahan peringkat bandar dan daerah. Pemerintahan wilayah telah berubah menjadi agensi kerajaan pusat; ia bukan lagi lembaga autonomi tempatan, tetapi telah menjadi wilayah nominal sahaja. Pada 1 Julai 2018, Dewan Pentadbiran mengumumkan pemansuhan fungsi-fungsi Kerajaan Wilayah Taiwan. Organisasi dan urusan pentadbiran wilayah yang selebihnya dipindahkan sepenuhnya ke Kerajaan Pusat, maka Kerajaan Wilayah Taiwan pun dibubarkan. Kini, Wilayah Taiwan terbahagi kepada 11 jajahan dan 3 bandar raya.
Bandar raya tadbiran langsung (直轄市code: zh is deprecated ) ialah lembaga berautonomi tempatan yang tertakluk secara langsung di bawah Dewan Pentadbiran. Sesebuah kawasan yang mempunyai lebih 1.25 juta orang penduduk dan keperluan khas dari segi politik, ekonomi, budaya dan masyarakat, layak dijadikan bandaraya tadbiran langsung. Bandaraya tadbiran langsung dibahagikan kepada daerah-daerah "biasa" (區code: zh is deprecated ) dan daerah-daerah khas peribumi (直轄市山地原住民區code: zh is deprecated ). Setiap daerah terbahagi kepada kelurahan (里code: zh is deprecated ), dan setiap kelurahan terbahagi kepada kejiranan (鄰code: zh is deprecated ).
Kini, Taiwan mempunyai enam buah bandar tadbiran langsung, iaitu Taipei, Taipei Baru, Taoyuan, Taichung, Tainan, dan Kaohsiung.
Kepulauan Dongsha (Pratas), serta Pulau Taiping dan Terumbu Zhongzhou di Kepulauan Nansha (Spratly) terletak di bawah bidang kuasa Kelurahan Zhongxing, Daerah Qijin, Bandaraya Kaohsiung.
Jajahan dan bandar raya
Jajahan (縣code: zh is deprecated ) dahulunya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Wilayah Taiwan, tetapi setelah penstrukturan semula dilakukan pada tahun 1998, kini ia terletak di bawah bidang kuasa salah satu daripada lima Pusat Perkhidmatan Bersama Setempat (區域聯合服務中心code: zh is deprecated ), ataupun pejabat pusat pelbagai kementerian dalam Dewan Pentadbiran, selaras dengan cara tadbir urus yang dijalankan. Jajahan terdiri daripada kawasan desa (鄉code: zh is deprecated ), pekan (鎮code: zh is deprecated ) dan bandar tadbiran jajahan (縣轄市code: zh is deprecated ). Setelah pindaan Undang-undang Kerajaan Tempatan pada tahun 2007, sebarang jajahan yang mempunyai lebih 2 juta penduduk boleh tertakluk kepada undang-undang bandar raya tadbiran langsung sebelum dinaiktaraf menjadi bandar raya tadbiran langsung di bawah Kerajaan Pusat. Inilah yang pernah berlaku pada Jajahan Taipei dan Jajahan Taoyuan yang mengguna pakai peraturan yang berkenaan sebelum dinaikkan taraf menjadi bandar raya (kini Bandaraya Taipei Baru dan Bandaraya Taoyuan).
Bandar raya (市code: zh is deprecated ) berada di taraf yang sama dengan jajahan. Mengikut undang-undang, bandar raya ini terletak di bawah pentadbiran wilayah, tetapi setelah penstrukturan semula, kini ia tertakluk kepada Pusat Perkhidmatan Bersama Setempat atau pejabat pusat pelbagai kementerian dalam Dewan Pentadbiran. Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk dalam 500 ribu hingga 1.25 juta orang, dan mencapai kepentingan dari segi politik, ekonomi dan budaya, layak diberi taraf bandar raya. Bandaraya terbahagi kepada daerah (區code: zh is deprecated ), daerah terbahagi kepada kelurahan (里code: zh is deprecated ), dan kelurahan pula terbahagi kepada kejiranan (鄰code: zh is deprecated ).
Kini terdapat 11 jajahan dan tiga bandar raya di dalam lingkungan "Wilayah Taiwan".
Desa, pekan, bandar, daerah
Desa, pekan, bandar dan daerah (鄉鎮市區code: zh is deprecated ) merujuk kepada tingkat pentadbiran di bawah taraf jajahan/bandar raya yang terdiri daripada enam kategori yang sama taraf sesama sendiri.
Sebuah jajahan terbahagi kepada empat kategori bahagian iaitu desa pedalaman (山地鄉code: zh is deprecated ), desa (鄉code: zh is deprecated ), pekan (鎮code: zh is deprecated ), dan bandar tadbiran jajahan (縣轄市code: zh is deprecated ), dan semuanya ialah lembaga berautonomi tempatan yang berhak untuk memilih ketua (datuk bandar atau penghulu), mengumpul suara penduduk, dan mengurus sumber kewangan sendiri, antara lainnya. Undang-undang menetapkan bahawa kawasan dengan populasi lebih dari 100,000 hingga 300,000 orang, perusahaan yang maju, sumber kewangan kendiri yang kaya, dan kemudahan awam dan pengangkutan yang lengkap dan memuaskan, layak diberi status bandar di bawah bidang kuasa daerah, walhal tiada syarat yang seumpamanya ditetapkan untuk taraf desa dan pekan.
Daerah (區code: zh is deprecated ) merupakan bahagian pentadbiran bandar raya (tadbiran pusat mahupun wilayah) yang tidak mempunyai kuasa autonomi. Ketua daerah dilantik oleh datuk bandar, dan tidak disediakan agensi untuk mengumpul suara penduduk. Daerah khas peribumi (直轄市山地原住民區code: zh is deprecated , "daerah peribumi pedalaman bandar raya tadbiran langsung") pula ialah lembaga berautonomi tempatan yang dipecahkan dari desa pedalaman di bawah bandar jajahan, dengan hak untuk memilih penghulu, mengumpul suara penduduk, dan mengurus sumber kewangan sendiri, antara lainnya.
Kini, Taiwan terdiri daripada 358 kawasan peringkat perbandaran, iaitu: 24 desa pedalaman, 115 desa, 35 pekan, 14 bandar tadbiran jajahan, 164 daerah, dan 6 daerah khas peribumi.
Desa dan desa pedalaman terbahagi kepada kampung (村code: zh is deprecated ), sementara pekan, bandar jajahan, daerah, dan daerah khas peribumi pula terbahagi kepada kelurahan (里code: zh is deprecated ). Penduduk kampung dan kelurahan memilih penghulu dalam pilihan raya tempatan yang paling asas di Taiwan. Kampung dan kelurahan pula terbahagi kepada kejiranan (鄰code: zh is deprecated ).
Kawasan 'luaran' Republik China
Selain daripada kawasan Taiwan, bidang kuasa Republik China turut meliputi beberapa buah pulau yang terletak berhampiran dengan pesisir Tanah Besar China, iaitu: Pulau Kinmen dan Kepulauan Wuqiu (Jajahan Kinmen), dan Kepulauan Matsu (Jajahan Lienchiang). Kedua-dua jajahan ini tidak tergolong dalam Wilayah Taiwan, sebaliknya tergolong dalam "Wilayah Fujian" yang secara teknikalya sama dengan Wilayah Fujian di Republik Rakyat China. Sama seperti Wilayah Taiwan, "Wilayah Fujian" dalam konteks Republik China juga telah dibubarkan dan kini hanya wujud secara nominal sahaja.
Nama | Tanah | Bendera | Lambang | Bahagian | Pusat pentadbiran | Keluasan | Bilangan penduduk |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Jajahan Kinmen 金門縣code: zh is deprecated | Pulau Kinmen dan Kepulauan Wuqiu | 3 pekan 3 desa | Pekan Jincheng | 151.6560 | 140,329 | ||
Jajahan Lienchiang 連江縣code: zh is deprecated | Kepulauan Matsu | 4 desa | Desa Nangan | 28.8000 | 13,132 |
Lihat juga
Rujukan
Bibilografi
- LIU Ningyan (penyunting), 《重修臺灣省通志》code: zh is deprecated ("Sejarah Wilayah Taiwan Edisi Baharu"), Bandaraya Taipei: 臺灣省文獻委員會code: zh is deprecated , (Jawatankuasa Persuratan Wilayah Taiwan), 1994
- SHI Yaxuan, 《臺灣的行政區變遷》code: zh is deprecated ("Perubahan Pembahagian Pentadbiran Taiwan"), Taipei: 遠足文化出版社code: zh is deprecated (Syarikat Penerbitan Walkers Cultural Enterprise Ltd.), 2003.