Aristotle Onassis

  • Yunani
  • Argentina
PekerjaanAhli perniagaanPasangan
  • Tina Livanos (k. 1946; c. 1960)
  • Jacqueline Kennedy (k. 1968)
Rakan kongsi domestikMaria Callas (1959–1968)Anak-anak
  • Alexander
  • Christina
HubunganAthina Onassis (cucu perempuan)

Aristotle Socrates Onassis (/ˈnæsɪs/;[1] Yunani: Αριστοτέλης Ωνάσης, rumi: Aristotélis Onásiscode: el is deprecated ; 20 Januari 1906 – 15 Mac 1975)[2] merupakan seorang taikun Yunani dan Argentina.[3][4] Beliau mengumpul armada perkapalan milik persendirian terbesar di dunia dan merupakan salah seorang lelaki terkaya dan paling terkenal di dunia. Beliau telah berkahwin dengan Athina Mary Livanos, menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi opera, Maria Callas, dan telah berkahwin kali kedua dengan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Jacqueline Kennedy.[5]

Onassis dilahirkan di Smyrna dan melarikan diri dari bandar itu bersama keluarganya ke Yunani pada tahun 1922 selepas pembakaran Smyrna. Beliau dipindahkan ke Argentina pada tahun 1923 dan menubuhkan dirinya sebagai perniaga tembakau dan kemudiannya pemilik perkapalan semasa Perang Dunia Kedua. Kemudian beliau berpindah ke Monaco, Onassis melawan Putera Rainier III untuk mengawal ekonomi negara melalui pemilikannya ke atas SBM dan Kassin Monte Carlo. Pada pertengahan 1950-an, beliau berusaha untuk mendapatkan pengaturan perkapalan minyak dengan Arab Saudi dan terlibat dalam ekspedisi penangkapan ikan paus. Pada tahun 1960-an, Onassis cuba mewujudkan kontrak pelaburan yang besar iaitu Projek Omega dengan kerjasama junta tentera Yunani, dab beliau menjual Olympic Airways, yang diasaskannya pada tahun 1957. Beliau sangat terkesan dengan kematian anaknya, Alexander pada tahun 1973 dan beliau meninggal dunia dua tahun kemudian.

Kematian

Onassis meninggal dunia pada usia 69 tahun di Hospital Amerika Paris, Neuilly-sur-Seine, Perancis pada 15 Mac 1975. Beliau meninggal dunia atas kegagalan pernafasan, komplikasi miastenia gravis yang beliau alami bertahun-tahun sehingga terakhir kehidupan beliau. Onassis telah dikebumikan di Pulau Skorpios, Yunani.[6]

Rujukan

  1. ^ "Onassis". Random House Webster's Unabridged Dictionary.
  2. ^ "Aristotle Socrates Onassis". Encyclopædia Britannica. 29 Mac 2024.
  3. ^ "Biografia de Onassis Aristóteles Millonario Griego Armador de Barcos". historiaybiografias.com (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 28 November 2017.
  4. ^ "La Argentina de Onassis". La Terminal, ida y vuelta a la realidad (dalam bahasa Sepanyol). 7 Disember 2008. Dicapai pada 28 November 2017.
  5. ^ "22 iconic photos of life at sea". Boat International (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 November 2017.
  6. ^ "Aristotle Onassis". www.onassis.org. Dicapai pada 2023-07-19.