Adam Abdul Hamid

Datuk Adam bin Abdul Hamid (lahir 1950) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama sepenggal (2014-2017), mantan ADUN Bukit Permai selama dua penggal (1995-2004) dan mantan ADUN Bandar Tenggara selama dua penggal (1986-1995).

Datuk

Adam Abdul Hamid
Ahli Dewan Negara
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
26 Februari 2014 – 25 Februari 2017
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
untuk Bukit Permai
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehKawasan ditukar nama daripada DUN Bandar Tenggara
Digantikan oleh Zainal Abidin Jidin
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor untuk Bandar Tenggara
Dalam jawatan
1986–1995
Digantikan olehKawasan ditukar nama kepada DUN Bukit Permai
Butiran peribadi
Lahir1950 (74 tahun)
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PekerjaanAhli politik

Dasar Pendidikan

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2002 pada 19 Jun 2002, Adam tidak berpuas hati dengan cara Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad mengendalikan isu-isu pendidikan. Beliau turut disokong oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Beliau membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri Musa pada mesyuarat UMNO bahagian Senai. Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Pulai Dr Mohamed Azam Rauzan dalam satu artikel yang ditulisnya dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu mendakwa perwakilan selalunya tidak bebas bercakap kerana diminta untuk menjaga imej ketua perhubungan UMNO negeri masing-masing. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kecewa dengan pencapaian pelajar Melayu dan akhirnya PPSMI dilaksanakan pada 2003.[1]

Rujukan

  1. ^ [Aziz gesa Adam bercakap pada perhimpunan agung UMNO]