Abbas Alias

Dato' Dr. Haji

Abbas Haji Alias

D.P.M.T., J.M.N., S.M.K.
Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1953–1956
Didahului olehAhmad Fuad Hassan
Digantikan olehBurhanuddin al-Helmi
Butiran peribadi
Lahir(1914-07-14)14 Julai 1914
Selangor Banting, Selangor
Meninggal dunia9 Ogos 2004(2004-08-09) (umur 90)
Selangor Petaling Jaya, Selangor
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Abbas Alias ialah seorang ahli perubatan dan politik di Malaysia. Beliau ialah Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) yang ke-2 dari 1953-1956.

Latar belakang

Abbas dilahirkan pada 1914 di Banting,Selangor,namun dibesarkan di Sitiawan, Perak di mana bapanya berkhidmat sebagai kadi.[1] Beliau belajar di Taiping sebelum melanjutkan pengajian perubatan di Kolej Perubatan Raja Edward VII di Singapura. Selepas tamat belajar, beliau bekerja dengan pentadbiran kolonial pada 1939. Beliau melanjutkan pengajian pascasiswazahnya dua kali; pertama pada 1949 hingga 1951 di mana beliau memperoleh diploma dalam kesihatan awam dan perubatan tropika di London, dan kedua pada 1958 di mana beliau memperoleh diploma dalam pentadbiran kesihatan awam di Kanada.

Beliau mengetuai rombongan perubatan Haji tahunan antara 1950-an hingga 1960-an, dan dipanggil Doktor Haji. Beliau bersara dari perkhidmatan perubatan kerajaan pada Disember 1969.

Politik

Sebagai Yang Dipertua Agung PAS

Beliau mengambil alih kepimpinan PAS pada 1953 selepas Yang Dipertua PAS pertama, Ahmad Fuad Hassan meletakkan jawatan. Walau bagaimanapun, beliau berkhidmat selama tiga tahun sahaja disebabkan bekerja dengan kerajaan sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur dan pegawai perubatan jemaah haji.

Pada 1956, beliau berundur dari memimpin PAS, namun kembali menjadi pimpinan selepas bersara, dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Agung PAS hingga awal tahun 80-an.

Pendaftaran PAS sebagai badan politik

Dalam tempoh kepimpinan beliau, Abbas berjaya mendaftarkan PAS sebagai sebuah badan politik sebelum menyertai pilihan raya persekutuan pertama pada Julai 1955.[2] Dalam pilihan raya tersebut, PAS memenangi kerusi sulung melalui kemenangan Ahmad Tuan Hussein di Parlimen Kerian, Perak.

Anugerah dan pengiktirafan

  •  Kelantan
    • Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) 1965
  •  Malaysia
    • Johan Mangku Negara (JMN) 1968
  •  Terengganu
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) - Dato' (2001)

Rujukan

  1. ^ Faridah (2011-11-02). "Dr Abbas bin Haji Alias". The Early Malay Doctors. Dicapai pada 2024-07-16.
  2. ^ Hasyim, Ibnu. "Sejarah PAS 7: Di Bawah Dr Abbas". Dicapai pada 2024-07-16.


Penyandang Terdahulu Yang Dipertua Agung PAS
19531956
Penyandang Kemudian
Haji Ahmad Fuad Hassan Burhanuddin al-Helmi
  • l
  • b
  • s
  1. Ahmad Fuad Hassan (1951-1953)
  2. Abbas Alias (1953-1956)
  3. Burhanuddin al-Helmi (1956-1965)
  4. Mohd Asri Muda (1965-1966)
  5. Burhanuddin al-Helmi (1966-1969)
  6. Mohd Asri Muda (1969-1982)
  7. Yusuf Rawa (1982-1989)
  8. Fadzil Mohd Noor (1989-2002)
  9. Abdul Hadi Awang (2002-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Mohd Ghazali Abdullah (1951-1953)
  2. Mansor Hassan JP (1953)
  3. Abbas Alias (1953)
  4. Ahmad Awang (1954-1956)
  5. Zulkifli Muhammad (1956-1964)
  6. Mohd Asri Muda (1966-1969)
  7. Hassan Adli Mohd Arshad (1969-1977)
  8. Abu Bakar Umar (1977-1981)
  9. Yusuf Rawa (1981-1982)
  10. Fadzil Mohd Noor (1982-1989)
  11. Abdul Hadi Awang (1989-2002)
  12. Hassan Shukri (2003-2005)
  13. Nasharudin Mat Isa (1005-2011)
  14. Mohamad Sabu (2011-2015)
  15. Tuan Ibrahim Tuan Man (2015-kini)